Tips Tukar Tayar Kereta Elak Ditipu

Tips Tukar Tayar Kereta

Assalamualaikum korang, ni Brader John nak share info sikit pasal tayar. Penting untuk korang yang nak selamat.

1. “205/65/R1594H” bukan kod matrix ya = Kod Tayar Kenderaan

Ini dia maksud sebenar kod panjang lebar ni
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam

2. Setiap huruf terakhir sekali ada kelajuan tersendiri;

S = Maksimum Had Laju 180 KM/Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM/Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM/Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM/Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM/Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM/Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM/Jam

3. Maksud 4 angka disisi setiap tayar :

Sebagai contoh angka 0514 menunjukkan ianya tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014.

Sebenarnya takde lah rumit sangat nak faham tentang tayar ni cuma kita jer pilih untui tidak ambil tahu.

Info ekstra!

Kalau korang betul-betul nak bajet perbelanjaan servis untuk masa akan datang pastikan:

1. Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya di buat .

2. Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan cuma ianya dah jadi keras sebab getah tayar dah expired .

3. Kalau korang tukar tayar baru, pastikan tahun pengeluarannya adalah yang paling latest .

4. Seandainya korang terpaksa beli tayar keluaran tahun 2013, pandai-pandai lah adjust mulut manis korang minta diskaun sikit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *