Tips Menjaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama

Tips Menjaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama

Saya percaya ramai orang maklum bagaimana ingin menjaga tayar kereta masing-masing. Namun sekali lagi saya cuma ingin berkongsi dengan anda sebagai peringatan untuk diri saya juga. Rata-rata pemandu kereta terutama lelaki mahupun wanita banyak mengabaikan langkah-langkah yang perlu di ambil dalam penjagaan tayar kereta. Bukan kerana tidak tahu, tetapi sebenarnya ianya berpunca daripada sikap lalai. Disini ada beberapa tips yang berguna :

➡Pemilihan saiz tayar yang sesuai
Pemandu lelaki memang suka sport rim. hehe..Tapi perlu di ingat penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci boleh memberi kesan kepada kenderaan anda dan secara tidak langsung kepada tayar anda. Kesannya umpama “domino effect ” di mana, apabila wheel assembly menerima saiz tayar yang baru & rim yang baru, ia memberi sedikit kesan kepada spesifikasi asalnya yang lama kelamaan memberi kesan kepada tayar kereta anda juga

➡Pemeriksaan berkala tekanan angin tayar kereta anda
Di galakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda

➡Tukar kedudukan tayar kereta anda
Di galakkan menukar kedudukan @ rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakan kepada setiap tayar kereta anda

➡Lakukan alignment tayar kereta anda
Selalunya alignment tayar kereta di lakukan setiap 10000km perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya teruskan untuk lakukan alignment.

➡Kenali spesifikasi tayar anda
Perlu di ingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda contohnya tahun pembuatan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.

➡Tahun Pembuatan Tayar
Di sarankan anda menggunakan tayar yang terbaru @ pada tahun yang sama tayar hendak ditukar. Jika anda menggunakan tayar keluaran lama, di khuatiri jangka hayatnya tidak akan lama.

➡Gaya Pemanduan
Di galakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek

➡Pemeriksaan berkala thread tayar anda
Jika anda perasan, tayar kereta mempunyai tanda aras atau pengukur tahap kerosakannya. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *