Tip Memandu Ketika Banjir Kilat

Tip Penting Memandu Ketika Banjir

Memandu ketika musim hujan cukup merbahaya terutama apabila berlakunya banjir atau banjir kilat di kawasan yang dilalui. Pastikan anda berjaga-jaga dengan keadaan banjir yang boleh menyebabkan kerosakan kenderaan terutama kereta yang rendah. Ikuti beberapa Tip Penting Memandu Ketika Banjir ini.

Elak Banjir

✅Jika boleh elak daripada redah banjir, seelok-eloknya elak lah. Jangan fikir kereta dihadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Macam kes aku semalam, aku tak tahu jalan alternatif sehinggalah aku jumpa susur keluar kalau tak silap-silap aku harungi jugak banjir, yelah tak kan nak berhenti tengah jalan.

Pandu Perlahan

✅Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 ( dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah. Kenapa aku tak tahu tips ni!! menyesal!

✅Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan) Arghhhh! aku panik dan cuba memandu laju. damnnn!!

✅Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.

Jangan Memandu Lawan Arah Trafik

✅Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu.
✅Setelah berjaya mengharungi banjir, uji break anda dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering dengan kuat dan tekan brek sedikit-sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek anda.

Tinggalkan Kenderaan

✅Kalau kereta korang telah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.

Bahayanya banjir ni adalah bila kita tidak tahu berapa kedalam banjir tersebut dan risiko kereta dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi. Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik! Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.

❗❗ Jalan2 yg ditenggelami air dianggap tiak boleh dilalui ❗❗

Oleh kenderaan:

✅Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14″) di permukaan jalan.
✅Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2’6″) di permukaan jalan.

Itulah serba sedikit tip penting memandu ketika banjir yang perlu anda ambil cakna, supaya keselamatan kenderaan dan yang penting keselamatan nyawa tidak dipandang sambil lewa hingga boleh mengakibatkan kecelakaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *