Hujan Lebat ? Pastikan 5 Perkara Penting Ini Sebelum Memandu

Memandu semasa hujan lebat cukup merbahaya jika anda tidak bersedia dengan baik.

Pemandangan yang terhad semasa hujan, cukup menyukarkan pemandu untuk melihat kereta di hadapan dan juga arah jalan yang ingin dilalui.

Jika hujan lebat berlaku pada waktu malam, itu lebih berisiko untuk memandu.

Kali ini, Arzon Mall ingin berkongsi dengan anda 5 perkara penting yang perlu anda pastikan sebelum anda memandu kereta semasa hujan lebat.

1. Wiper Kereta

Pastikan wiper hadapan dan juga belakang kereta anda (jika ada) sentiasa dibersihkan untuk memastikan viper mampu menolak air hujan dengan berkesan.

Wiper kereta boleh dibersihkan dengan menggunakan kain basah sahaja. Sebaik-baiknya, cuci getah viper 2 minggu sekali.

Viper kereta yang sudah terlalu lama boleh ditukar untuk mengelakkan viper tidak boleh membersihkan cermin kereta apabila hujan. Kos viper sekitar RM15 sebatang sama ada jenis silicon atau getah.

Memandu Semasa Hujan Wiper

2. Screenwash Bottle

Screenwash Bottle adalah botol air untuk bersihkan cermin hadapan kereta anda. Pastikan anda mengisi screenwash bottle dengan air dan sedikit bahan pencuci “windscreen cleaner” yang banyak dijual di kedai. Ikut sukatan yang diberitahu di botol. Biasanya hanya 2 atau 3 penutup botol sudah mencukupi untuk tangki kereta biasa.

Windscreen Cleaner boleh mencuci kesan minyak dan kotoran di cermin hadapan. Jika tidak, pemanduan semasa hujan dengan kesan minyak di cermin hadapan membataskan penglihatan pemandu.

Pemanduan yang terhad boleh mengurangkan kecekapan pemandu apabila memandu semasa hujan.

3. Cermin Hadapan Kereta ( Windscreen )

Cermin hadapan kereta adalah cermin utama yang penting untuk anda melihat di hadapan. Sebaik-baiknya, anda gunakan Water Repellent atau Rain Repellent untuk menjadikan cermin hadapan kereta anda lebih jelas dan air tidak lekat di permukaan cermin.

Water Repellent akan menghasilkan permukaan cermin yang lebih licin dan tidak lekat air. Cermin hadapan yang telah disapu Water Repellent akan lebih jelas berbanding cermin yang tidak disapu Water Repellent.

Rain X antara jenama yang mudah didapati di pasaran. Ada jenama yang agak mahal sekitar RM20-RM30 sebotol, dan ada yang lebih murah sekitar RM15 sebotol. Anda boleh cuba mengikut kemampuan anda.

4. Cermin Sisi

Cermin sisi kereta juga tidak kurang pentingnya untuk pemandu melihat kereta di lorong sebelah atau melihat kereta dari arah belakang yang mungkin memotong.

Apabila memandu semasa hujan, pastikan cermin sisi dibersihkan dan juga disapu dengan Water Repellent supaya pandangan di bahagian sisi jelas.

Jika anda memandu di kawasan bandar dan sesak, cermin sisi yang bersih dan jelas boleh mengelakkan anda dari terlepas pandang kepada penunggan motorsikal yang menyelit diantara kereta.

Mungkin anda berminat : Beast Coating – Ultimate Shine Protection

Tidak lupa juga kepada Cermin Sisi Hadapan di sebelah pemandu dan penumpang, pastikan bersih dan sebaik-baiknya disapu Water Repellent untuk menjadikan pandangan anda jelas.

5. Lampu dan Lampu Signal

Apabila hujan lebat, kebiasaanya keadaan persekitaran akan gelap dan jarak pandangan akan kurang.

Pastikan lampu kereta anda berada dalam keadaan baik. Lampu utama yang penting adalah:

  • Lampu hadapan
  • Lampu belakang
  • Lampu brek
  • Lampu signal

Pastikan lampu kereta anda hidup, terang dan berada dalam keaadaan baik.

Jika tidak, anda boleh cepat-cepat tukar. Bahaya jika lampu tidak menyala apabila anda memandu dalam keadaan hujan lebat.

Orang lain yang memandu di sekeliling anda tidak boleh melihat anda dengan jelas dan meningkatkan risiko anda dilanggar oleh kereta lain.

Itu sahaja 5 perkara utama yang sebaik-baiknya anda pastikan berada dalam keadaan baik sebelum anda memandu kereta dalam hujan yang lebat. Risiko keselamatan cukup-cukup tinggi jika anda memandu dalam keadaan kereta yang kurang memuaskan. Anda mungkin akan terlibat didalam kecelakaan. Elakkan dari terjadi.

Moga perkongsian ini memberi pencerahan kepada anda untuk tingkatkan keselamatan di jalan raya dengan tip penting sebelum memandu kereta semasa hujan ini.

Share artikel ini jika anda rasa bermanfaat untuk keluarga dan rakan-rakan anda.

Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *