Jenis Minyak Hitam Pelincir di Pasaran

Jenis-Jenis Minyak Hitam / Pelincir Kereta di Pasaran

Assalamualaikum korang 🙂

Hari ni Brader John nak share sikit pasal minyak hitam 🙂

Sekarang ni pelbagai jenis minyak pelincir yang ditawarkan dipasaran yang direka untuk kegunaan yang berbeza-beza.

Untuk memastikan anda memilih minyak pelincir yang terbaik untuk kereta, anda mesti memahami beberapa aspek khusus minyak pelincir antaranya ialah aditif ataupun bahan tambahan yang terkandung dalam minyak pelincir (additives), tahap kelikatan (viscosity) dan kod-kod klasifikasi.

Secara ringkas untuk membantu anda memahami istilah berikut:

1. Additives:

Membantu menyejukkan enjin anda, mambersih dan memastikannya bebas dari kakisan.

Para pengeluar menambah pelbagai jenis additives ataupun bahan tambahan yang menyumbang kepada 25 peratus kos minyak pelincir tersebut.

2. Tahap kelikatan:

Minyak pelincir diklasifikasikan berdasarkan kelikatan, yakni kemampuan minyak tersebut mengalir di bahagian dalam enjin anda.

Terdapat dua jenis minyak pelincir di pasaran iaitu kelikatan tunggal (single-viscosity) kelikatan pelbagai (multi-viscosity).

Semakin kecil angka kelikatan, semakin nipis sesuatu minyak dan semakin mudah ia mengalir. Contohnya bagi minyak pelincir 10W-40, dua nombor itu bermaksud minyak ini adalah dari jenis kelikatan pelbagai.

10W adalah no indeks yang menunjukkan bagaimana minyak ini mengalir dalam suhu sejuk (W merujuk kepada winter atau musim dingin).

40 pula merujuk kepada bagaimana minyak ini mengalir dalam keadaan suhu panas.

Untuk memastikan tahap kelikatan yang paling sesuai untuk kereta anda, pastikan anda merujuk kepada buku manual pengguna kereta anda.

3. Kod klasifikasi minyak pelincir:

Simbol dengan lambang bintang pada tong minyak pelincir bermaksud minyak tersebut telah memenuhi standard perlindungan enjin semasa dan tahap ekonomi yang diperlukan untuk kelulusan International Lubricant Standardization and Approval Committee (ILSAC), satu usahasama bersepadu antara pengeluar kenderaan A.S dan Jepun.

4. Minyak pelincir sintetik:

Ramai yang mendakwa minyak pelincir sintetik memanjangkan lagi tempoh penukaran minyak pelincir, mengurangkan geseran dan mampu beroperasi dengan lebih baik pada suhu tinggi.

Berdasarkan kajian yang dijalankan membuktikan dakwaan tersebut adalah benar terbukti minyak ini berfungsi dengan lebih cekap berbanding minyak pelincir mineral biasa.

Sekian saja sharing dari Brader John 🙂

Sumber: Mekanika

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *