Jenama Coating Kereta Terbaik

Terdapat banyak jenama coating kereta yang berada di pasaran Malaysia sekarang. Coating kereta juga terkenal dengan ceramic coating Pelbagai jenis dan harga coating yang ditawarkan sama ada coating kereta yang perlu dibuat di kedai Car Detailing atau jenis DIY yang boleh dibuat sendiri di rumah. Disini, Arzon Mall ingin kongsikan dengan anda, apakah jenama coating kereta terbaik.

Kami kongsikan hasil carian berkenaan coating kereta disini.

Kenapa Perlu Coating Kereta Anda ?

Dengan pelbagai kelebihan yang ada apabila kereta dibuat coating, pastinya anda mencari-cari coating yang paling paling untuk kereta anda. Disini kami kongsikan antara kelebihan yang anda dapat apabila membuat coating:

  • Cat Kereta Kalis Air
    • Kereta akan susah untuk kotor terutama apabila bawa kereta semasa hujan. Air yang kotor tidak akan lekat di permukaan kereta.
    • Kereta akan senang untuk dibasuh. Hanya basuh dengan sabun tanpa perlu gosok dengan kuat untuk hilangkan kotoran. Apabila siram dengan air, terus kereta bersih dan senang untuk lap hingga kering.
  • Cat Kereta Licin dan Berkilat
    • Permukaan kereta akan terasa licin dan berkilat seperti berair selepas basuh. Debu yang lekat cukup senang untuk dibersihkan.
    • Kesan coating akan menjadikan permukaan cat senang dibersihkan apabila terkena najis burung dan getah pokok.
  • Cat Kereta Tahan Calar
    • Coating kereta menjadikan cat tahan calar.
    • Apabila permukaan kereta terkena batu-batu halus apabila memandu, tidak perlu risau akan calar-calar halus.
  • Cat Kereta Tahan UV
    • Salah satu kelebihan apabila kereta sudah dibuat coating, cat kereta akan tahan sinaran UV yang mana boleh memudarkan warna cat.
    • Kereta yang berjemur dibawah terik panas matahari cukup mudah pudar apabila terkena sinaran UV dari matahari terik.
    • Coating boleh menghalang sinaran UV dan menjadikan warna kereta sentiasa berkilat dan kekal lama.

Jenis Coating Kereta

Terdapat pelbagai jenis coating di pasaran yang mempunyai daya ketahanan dan harga yang berbeza-beza.

Secara mudah, coating kereta terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu:

  • Coating Pro
  • Coating DIY

Coating Pro

Coating Pro adalah jenis coating kereta yang digunakan oleh kedai detailing profesional. Bahan polimer yang digunakan untuk coating adalah gred industri yang hanya boleh dibuat oleh pekerja pakar dan menggunakan alatan yang khusus seperti air spray dan lampu IR untuk mengeraskan coating.

Coating Pro mempunyai ketahanan yang cukup lama iaitu sekurang-kurangnya 1 tahun untuk 1 layer / lapisan coating. Jika coating dibuat sebanyak 7 lapisan, coating akan tahan sehingga 7 tahun.

Coating DIY

Coating DIY adalah coating kereta yang boleh dibuat sendiri di rumah. Bahan polimer untuk coating DIY adalah jenis polimer gred rendah yang mempunyai ketahanan sementara. Coating DIY juga dipanggil dengan semi-permenant coating.

Coating DIY mempunyai ketahanan sementara sekitar 2 – 4 bulan untuk setiap lapisan coating berbanding Coating PRO. Coating DIY yang dibuat beberapa lapisan akan memberi ketahanan 6-9 bulan.

Harga Coating Kereta

Jika anda membuat carian harga berkenaan dengan Coating PRO dan Coating DIY, sudah tentu pelbagai jenis coating dan harga yang anda jumpa.

Perkhidmatan untuk membuat Coating PRO dipasaran adalah tidak kurang dari RM1000 dan keatas bergantung kepada jenama dan ketebalan coating.

Contohnya Jenama Coativo , harga bermula RM2,399 untuk pakej PRIME yang mempunyai jaminan selama 3 tahun.

Harga untuk Coating DIY pula adalah cukup murah di pasaran sekitar RM60-RM90 sebotol. Ketahanan coating sekitar 6 bulan untuk 2-3 layer coating.

Pelbagai Jenama Coating Kereta

Pelbagai jenama coating kereta yang berada di pasaran, sudah tentu sebagai pengguna anda ingin dapatkan jenama coating kereta terbaik untuk anda gunakan dan dapatkan manfaat darinya.

Daripada carian, antara jenama coating kereta terbaik yang anda boleh perbandingan adalah:

  • Ceramic Pro (Coating PRO)
  • Coativo (Coating PRO)
  • Mioss Crystal HD (Coating DIY)
    Mioss Crystal HD mengeluarkan Mioss Coating yang sudah lama di pasaran. Terbaru, Mioss keluarkan Mioss Coating dengan 30ml sebotol yang cukup untuk 1 kereta sedan. Ketahanan coating sekitar 6 bulan untuk 1 layer.
  • Beast Coating (Coating DIY)
    Beast keluarkan produk Beast Coating yang cukup berkualiti dengan harga yang berbaloi. Sebotol Beast Coating 100ml dalam bentuk spray boleh digunakan untuk 5-6 layer bagi sebuah kereta sedan.
    Ketahanan Beast Coating sekitar 2 bulan untuk 1 layer coating. 3 layer coating boleh melindungi kereta sehingga 6 bulan.
  • PRO 8 (Coating DIY)

Anda boleh buat penelitian untuk setiap jenama coating yang ada dipasaran untuk kereta anda dan buat pengiraan tentang kos yang anda perlu keluarkan untuk setiap jenama.

Mioss Coating Jenama Coating Kereta Terbaik
Mioss Crystal HD
Beast Coating Jenama Coating Kereta Terbaik
Beast Coating
Pro 8
Pro 8
Coativo Jenama Coating Kereta Terbaik
Coativo
Ceramic PRO Jenama Coating Kereta Terbaik
Ceramic PRO

Beast Coating ada menawarkan promosi YEAR END SALES 2021 dengan diskaun sehingga 60% dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia. Klik link dibawah untuk anda dapatkannya sekarang.

Moga anda mendapat manfaat dari perkongsian dari kami berkenaan dengan Jenama Coating Kereta Terbaik.