Cara Coating Kereta Sendiri Beast Coating Arzon Mall

Cara Coating Kereta Sendiri

Semestinya anda ingin melihat kereta kesayangan anda sentiasa bersih dan berkilat-kilat kan? Coating adalah salah satu cara untuk memastikan cat kereta dilindungi dan menjadikan kereta sentiasa bersih dan berkilat. Disini Arzon Mall kongsikan dengan anda CARA COATING KERETA SENDIRI dengan mudah dan jimat.

Coating kereta adalah teknik yang digunakan untuk membuat satu lapisan khas di permukaan cat, untuk melindungi cat kereta dari kotor, sinaran UV, asid dalam hujan dan juga panas terik.

Selalunya lapisan coating khas yang dibuat dipermukaan cat adalah dengan menggunakan Silica Dioxide yang mana sifatnya adalah seperti kaca ceramic yang mempunyai kesan perlindungan yang cukup baik.

Terdapat beberapa jenis coating yang ada di pasaran yang boleh dibahagikan kepada dua iaitu Coating Pro dan juga Coating DIY. Maklumat lanjut mengenai jenis coating, anda boleh baca Jenama Coating Kereta Terbaik.

Untuk anda yang ingin membuat coating kereata anda sendiri di rumah, semestinya anda perlu menggunakan jenis Coating DIY yang mana kos coating yang cukup murah berbanding Coating PRO yang hanya boleh dibuat di pusat coating yang bertauliah.

Jenama Coating Kereta Sendiri DIY

Sebelum anda membuat coating kereta anda sendiri, anda perlu dapatkan bahan coating yang ingin anda gunakan. Antara jenama yang ada dipasaran adalah Beast Coating.

Harga coating kereta yang berada di pasaran sekarang ini sekitar RM60-RM90 sebotol yang mempunyai pelbagai isipadu dan ketahanan yang berbeza-beza.

Beast Coating diantara jenama Coating Kereta yang berbaloi dan berkualiti tinggi. Klik gambar dibawah untuk dapatkan Beast Coating anda dengan harga promosi special.

Persediaan Sebelum Coating Kereta Sendiri

Sebelum anda membuat coating sendiri, pastikan kereta anda berada didalam keadaan bersih dan cantik.

Basuh dengan bersih dan hilangkan kesan-kesan kotoran sehabis baik terutama jika kereta sudah berumur dan berwarna cerah seperti putih.

Jika ada terdapat kesan calar-calar halus dan juga kotoran degil terutama watermark di bahagian body kereta dan juga cermin, pastikan dibersihkan dan dihilangkan kesan tersebut dengan menggunakan cleaner atau polisher selepas basuh.

Beast Polisher

Soft99 atau Waxco antara jenama cleaner yang biasa digunakan untuk membersihkan permukaan cat kereta yang ada kesan kotor yang degil. Boleh didapati di kedai-kedai Mr DIY, pasaraya atau mall dengan harga sekitar RM25 sahaja. Bagi Beast Polisher, boleh dapatkan bersama Beast Coating.

Selesai polish atau guna cleaner, boleh basuh lagi sekali untuk bersihkan kesan-kesan polish dan cleaner yang tertinggal.

Selesai basuh, lap kereta hingga kering dan biarkan seketika sehingga kereta betul-betul kering.

Teknik Coating Kereta Sendiri

Terdapat cara coating yang sedikit berlainan bergantung kepada jenama coating yang anda beli. Pastikan anda rujuk penjual mengenai cara yang khusus untuk bahan coating tersebut.

Disini Arzon Mall kongsikan dengan anda cara coating kereta menggunakan Beast Coating yang cukup mudah sahaja.

Hanya semburkan lebih kurang 4 kali Beast Coating di permukaan kereta untuk 30cm x 30 cm dengan rata, dan terus lap dengan kain microfiber hingga permukaan cat kereta kering dan licin berkilat.

Ulang proses sembur dan lap hingga selesai seluruh bahagian kereta anda.

Jika anda menggunakan Beast Coating, ia sesuai digunakan di bahagian body cat kereta, bumper bercat, rim kereta dan juga semua cermin termasuk windscreen di hadapan.

Cara Penjagaan Coating Kereta

Ketahanan coating kereta bergantung kepada jenama coating yang anda gunakan. Berdasarkan maklumat kami, 1 layer Beast Coating berkesan sekitar 2 bulan dan 1 layer Mioss Coating berkesan sehingga 6 bulan.

Untuk memastikan kesan coating kereta anda bertahan lama, pastikan anda sentiasa membasuh kereta apabila sudah kotor sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Jika anda bawa kereta ketika hujan, seeloknya terus basuh untuk mengelakkan lumpur yang lekat di permukaan body kereta kering dan keras.

Kotoran dan lumpur yang dibiarkan di permukaan coating akan menyebabkan kesan coating akan lebih cepat hilang dan terhakis.

Jika anda ingin dapatkan BEAST COATING, ada promosi yang akan tamat pada bila-bila masa dengan potongan diskaun sehingga 50% dari harga asal. Klik gambar untuk terus lihat promosi yang ditawarkan.

Coating Kereta Terbaik Beast Coating
Klik Gambar untuk dapatkan promosi terkini Beast Coating

Itulah perkongsian kami pada kali ini berkenaan dengan Cara Coating Kereta Sendiri. Diharapkan anda dapat membuat coating sendiri kereata anda dengan kos yang lebih jimat dan sudah tentu anda dapat hasil yang cukup hebat setanding coating di kedai.