Tip Pemeriksaan Kereta Yang Mudah

7 Tip Pemeriksaan Kereta Yang Mudah

RAMAI dalam kalangan kita terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa atau langsung tidak sempat untuk servis kereta sendiri.

Tambahan pula, perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke rumah masing-masing pada waktu ini memerlukan pemeriksaan yang teliti terhadap kenderaan.

Sekiranya kita tidak menguruskan kereta dengan betul, ia boleh menjejaskan harga apabila tiba masa untuk dijual ataupun mudah rosak pada bila-bila masa.

Berikut adalah 7 tip pemeriksaan kereta yang mudah dan berguna boleh diikuti.

1⃣. PEMERIKSAAN TAYAR

Jangka hayat penggunaan tayar dapat bertahan lebih lama jika dikenakan tekanan agin pada tayar dengan betul.
Tekanan angin yang betul ditentukan oleh pengilang kereta dan dinyatakan sama ada dalam pintu pemandu atau penutup minyak petrol.

2⃣. MASALAH BREAK

Beberapa tanda penurunan prestasi brek dapat dikesan melalui simptom berikut:

👉🏻Bunyi bising pada break yang dihasilkan
👉🏻Terpaksa menekan brek lebih jauh ke lantai dari kebiasaan
👉🏻Terasa gegaran luar biasa apabila menekan break
👉🏻Kereta seolah2 ditarik ke kanan/kiri semasa menekan break

3⃣. RADIATOR

Pemeriksaan berkala terhadap tahap cecair dalam sistem penyejukan kereta perlu dilakukan secara berkala pada radiator yang berfungsi untuk menyejukkan enjin kereta.

Sebelum membuka penutup pada radiator, cuba semak dahulu dengan melihat sama ada cecair penyejuk radiator telah mencapai garis “Full” atau “Max” di sebelah takungan pendingin.

Jika cecair tidak mencapai garis “Full”, tambahkan campuran 50 peratus air dan 50 peratus cecair penyejuk. Sesetengah cecair penyejuk telah dicampur air, jadi periksa botol untuk melihat sama ada kita perlu menambah air atau hanya guna terus. Elak daripada menambah sehingga aras melepasi garisan “Full”.

4⃣. UJI BATERI KERETA

Jika sistem elekronik kenderaan seperti kunci kawalan jauh atau lampu dalaman hanya berfungsi secara rawak mungkin disebabkan masalah bateri kereta.
Bagi mengekalkan prestasi bateri kereta pada tahap optimum, kita digalakkan untuk menguji bateri kereta sebanyak dua kali setahun.

5⃣. WIPER

Antara amalan mudah yang boleh dipraktikkan termasuk membersihkan cermin kereta setiap kali kita mengisi tangki minyak, membersihkan kotoran pada bilah pengelap dengan tisu lembap serta membuat pemeriksaan untuk sebarang keretakan pada bilah.

6⃣. MINYAK HITAM

Minyak enjin adalah nadi kenderaan kita dan wajib ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan.

Secara umumnya, minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 kilometer atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 kilometer atau 6 bulan.

Sebaiknya elakkan daripada melengahkan penukaran minyak enjin, kerana ia boleh menyebabkan pembentukan enapan dan kerosakan pada bahagian dalam enjin.

7⃣. KIT KECEMASAN KERETA

Kit kecemasan kereta adalah salah 1 benda yang perlu disediakan oleh pemandu kerana kerosakan kenderaan boleh berlaku di mana-mana dan pada masa yang tidak dijangka.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian kepada anda supaya dapat bermanfaat mengenai 7 Tpis Pemeriksaan Kereta Yang Mudah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *