Tips Penjagaan Cermin Kereta

5 TIPS PENJAGAAN CERMIN KERETA

✅Elakkan meninggalkan kenderaan dibawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama. Suhu yang tinggi boleh merosakan kualiti cermin tu sendiri.

✅Rajinkan diri untuk bersihkan cermin serta wiper dari pasir-pasir halus. Udara sekeliling membawa bersama habuk, pasir halus dan lain-lain.

✅Elakan meletak kereta berdekatan atau berhampiran kedai makan atau dapur kedai makan tersebut. Minyak dari dapur tu nanti akan menyebabkan cermin cepat kotor berminyak dan ukar dibersihkan nanti.

✅Pilih kain jenis Microfiber waffle kerana ianya mempunyai tenunan yang baik dan berkesan membersih cermin kereta anda. Jangan gunakan kain di dapur, baju lama dan kain yang tidak menyerap air dengan berkesan

✅Elak menggunakan pencuci cermin yang ada mengandungi bahan Ammonia. Ammonia akan merosakkan Tinted kereta yang melindungi cermin kereta anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *